KESEJAHTERAAN_EMOSI_GOLONGAN_IBU_TUNGGAL.pdf (323.05 kB)
KESEJAHTERAAN EMOSI GOLONGAN IBU TUNGGAL: CABARAN HIDUP SEBAGAI IBU TUNGGAL
journal contribution
posted on 2020-04-17, 04:43 authored by Noor Hassline MohamedNoor Hassline MohamedIsu kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu tunggal seharusnya tidak dipandang mudah. Ini
kerana ibu tunggal turut menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan yang kurang
berkemampuan dan memerlukan bantuan serta sokongan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal secara tidak langsung telah menjejaskan kesejahteraan
hidup mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran sebenar yang dihadapi oleh
golongan ibu tunggal terpilih di Selangor. Pendekatan kualitatif ini mengaplikasikan perbincangan
kumpulan berfokus (focused group discussion) sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini.
Pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan bertujuan yang dipilih menggunakan
kriteria inklusif dan eksklusif. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis
bertema. Hasil kajian mendapati berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu
tunggal (a) ketidakstabilan ekonomi, (b) urusan mahkamah, (c) nafkah anak, (d) hubungan
antara bekas suami dan anak-anak, (e) masalah kesihatan, (f) cabaran membesarkan anak-anak,
dan (g) stigma masyarakat. Hasil kajian turut mendapati cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal
ini telah menggugat kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, intervensi sewajarnya perlu bagi
membantu golongan ibu tunggal mencapai kefungsian sosial seterusnya meningkatkan
kesejahteraan fizikal dan psikososial mereka.