Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa pemegang taruh dari pelbagai latar belakang seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persatuan Badan Budaya DBP dan Asia Pasifik Universiti (APU) akan menganjurkan pertandingan saringan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA).
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Antarabangsa yang sedang menuntut di Universiti Awam dan Swasta di Malaysia. Peringkat Saringan bagi pertandingan ini akan diadakan pada 17 November 2024 (Ahad), bermula pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam di Sudut Karyawan (Stor Teater), Wisma DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.