KUALA LUMPUR: Cabaran Sekolah LEGOLAND telah dicetuskan sejak tahun 2022 lagi. Pertandingan ini merupakan medan bagi para pelajar dan guru bekerjasama dalam mempamerkan kemahiran membina LEGO® mereka. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk pelajar-pelajar memperoleh mata aktiviti ko-kurikulum yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).